berita

Sham Kamikaze & Farazila Bukan Suami Isteri Yang Sah Sejak Setahun Lalu

September 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 3 September 2012 yang lalu, pihak OHBULAN! telah mengeluarkan laporan berkaitan isu permohonan cerai yang dituntut oleh isteri pemuzik dan pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar setelah pasangan ini dikatakan mengalami konflik dalaman sejak tiga tahun lalu.

Namun begitu, hasrat Farazila untuk menuntut cerai daripada suaminya, Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam tidak kesampaian kerana mereka sebenarnya telah disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Perkara ini timbul disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Berikutan perbuatan tersebut pasangan ini turut dikatakan telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Menurut keterangan Sham (defenden), dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila (plantif) di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011. Bagaimanapun Sham akui tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.

Berikutan pengesahan tersebut, hakim telah memerintahkan Farazila menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan dan mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor dan terdahulu pasangan ini pernah hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×