Pelakon Sharnaaz Ahmad akui tidak kisah sekiranya pendapat yang dikemukan tidak mahu diambil oleh individu yang ditujukannnya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Bidas Komen Sharnaaz Ahmad – ‘Berani Betul You Kondem & Rendahkan Intelektual I Ya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mamu Lawan Dengan ‘Scalper’, Alhamdulillah Mamu Menang!’
Dah tegur cara baik
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sharnaaz berkata dia sudah menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang baik serta berlapik dalam menyampaikan pendapatnya.
Namun, sekiranya individu berkenaan tidak mahu menerima, ia terserah kepadanya.
Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut (cara teguran).
Tak, tetap nak post juga, lantak kau la bang, pendapat kau kan, kau layanlah apa dalam kepala kau.
Aku doakan kau enjoy dengan perhatian yang kau cari ini ya abang.
Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana individu, namun perkongsian tersebut difahamkan ditujukan kepada aktor senior, Azhar Sulaiman berhubung kenyataan yang dikeluarkan mengenai ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang zionis Israel.
Dalam perkongsian yang sama, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, meminta orang ramai untuk terus mendoakan saudara sesama Islam yang sedang berjuang di Palestin ketika ini.
Malah, Sharnaaz berharap orang ramai berhenti membeli dan memboikot produk buatan Israel.
Apa pun semua, teruskan posting pasal Palestin dan boikot pada produk Yahudi.
Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis. Jangan beli lagi dah lepas ini. Jangan membazir pula, sekarang ini hidup keras sikit.
Terdahulu, Azhar mengeluarkan kenyataan dengan mempertikaikan strategi yang digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.
Kenyataan tersebut telah mengundang rasa kurang senang Sharnaaz dan sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat Azhar.
Tidak berdiam diri, Azhar tampil memberikan respon dengan mengatakan pandangan yang dibuatnya adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dan berpendapat perang yang berlaku merupakan satu lagi episod peperangan panjang yang bakal menimpa masyarakat di Palestin.
Sumber: Instagram