berita

Sharnaaz Ahmad Serik Berkawan Dengan Artis Talam Dua Muka

March 11th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

sharnaaz2

Pelakon lelaki popular yang kini tampil dengan imej baru persis Wak Doyok, Sharnaaz Ahmad mendedahkan bahawa dirinya serik berkawan dengan segelintir artis yang disifatkan sebagai bermuka muka.

Biasalah, lain orang lain perangai tapi persoalannya siapakah artis yang dimaksudkan oleh Sharnaaz? Bro, macam bagi hint je.

Depan Kita Mulut Manis, Belakang…..

sharnaaz3

Menurut Sharnaaz, dia sudah banyak kali terkena dan terpedaya dengan sikap segelintir artis yang jenis bermulut manis dan bermuka-muka.

Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya.

Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu. Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang.

Dituduh Berlagak Diva

shaarnaz1

Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz langsung tidak terkejut apabila dituduh berlagak diva kerana tahu segelintir artis bermuka-muka inilah yang menyebarkan fitnah.

Saya tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga dilabelkan seperti itu dan saya mahu tahu juga siapa yang membawa mulut.

Saya tak terkejut dengan dakwaan itu. Sebab itu setiap kali menjalani penggambaran saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi berbanding rakan artis

Kami yakin Sharnaaz cukup profesional dalam karier seninya dan isu berlagak diva mungkin dibangkitkan oleh pihak tak bertanggungjawab yang dengki dengan kejayaan ‘encik sotong’ ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×