berita

Shila Amzah Bagi Nasihat Pada Individu Yang Dilayan Buruk Oleh Ibu Bapa – ‘Buat Hal Sendiri Je, Tapi Tetap Treat Dengan Ihsan’

April 18th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah

Seorang individu meminta pandangan penyanyi Shila Amzah untuk berdepan dengan sikap ibu bapa yang sering memandang buruk terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Ubai Berdebar Nak Bergelar Bapa, Sempat Bermonolog Di Pusara Arwah Ibu – ‘Saya Cakap Ini Cucu Pertama Mak’

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Buat Aduan Pada SPAD, Dakwa Pemandu Lori Memandu Secara Merbahaya

Tips dilayan buruk

Shila Amzah

Menerusi perkongsian di Instagram Story, individu terbabit mendakwa ibu bapanya tidak memberi layanan sama rata antara dia dan adik-beradiknya yang lain.

Macam mana nak handle emosi ibu bapa yang suka nampak buruk kita je, tetapi dengan adik-beradik lain okay sahaja.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Shila menasihat individu berkenaan untuk memikirkan tentang dirinya sendiri.

Bagaimanapun, tetap memberi layanan yang baik kepada dua orang tuanya itu.

Saya memilih untuk tidak handle mereka. Buat hal sendiri sahaja.

Tetapi tetap treat (layan) mereka dengan penuh ihsan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×