Penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia dan suami iaitu pempengaruh Ubai MZ , masih belum mempunyai kesempatan untuk berbulan madu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pantang Belum Habis, Shila Amzah Sudah Kembali Bekerja – ‘Masih Ada Beberapa Hari Lagi Tapi Kira Halal’
Artikel Berkaitan: Bapa Kandung Seth Tak Jenguk Anak? Ini Respon Shila Amzah
Belum ada kesempatan
Menerusi hantaran di Threads, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah berkata, sebelum mendirikan rumah tangga, dia dan Ubai kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Saya dan Ubai belum berbulan madu lagi.
Arwah adik meninggal sebelum kami bertunang pada Mei. Arwah mak meninggal enam hari sebelum kami bernikah.
Walaupun sudah bergelar suami isteri, namun pelantun lagu Memori Tercipta itu masih belum berpeluang untuk berbulan madu kerana dirinya disahkan hamil.
Satu bulan setengah selepas nikah kami mengetahui yang kami bakal mendapat anak. Sekarang kami ada baby.
Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 33 tahun itu sempat bertanya kepada warganet pengalaman mereka berbulan madu selepas dikurniakan zuriat.
Awak semua yang tak sempat berbulan madu, selalu bila akhirnya awak pergi selepas dah ada anak?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengalami situasi yang sama seperti Shila dan berkongsi kisah bulan madu mereka.
Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Sumber: Threads Shila Amzah