berita

MLM2014 : Shiro Seronok Troll Peminat K-POP

January 19th, 2015 | by Wan
Kini Trending

guna1

Maharaja Lawak Mega 2014 minggu kesepuluh yang berlangsung pada jumaat lalu menyaksikan kumpulan SYJ terpaksa melupakan hasrat ke pentas final setelah diumumkan kumpulan yang mendapat undian paling rendah.

Dengan tema ‘Trend Terkini’ dan ‘Radio’, tiga nama diumum berada di kelompok tiga terbawah ialah SYJ, Nabil dan Zero namun nasib tidak menyebelahi SYJ.

Bagaimanapun persembahan daripada beberapa kumpulan lain seperti Shiro, Sepah, dan Virus berjaya menambat hati juri. Namun apa yang mencuri perhatian kami ialah persembahan Shiro yang cukup hebat malah padat dengan sindiran. Sindiran yang macam mana ye?

Mesej Shiro Buat Peminat K-POP

guna2

Pada malam jumaat yang lalu setiap kumpulan diwajibkan membuat dua persembahan bertemakan ‘Trend Terkini’ dan ‘Radio’. Pada persembahan pertama, Shiro menampilkan sketsa di antara peminat  fanatik K-POP dengan PSY. Apa yang pasti sketsa tersebut jelas menempelak kelakuan beberapa gadis tudung yang dipeluk kumpulan K-POP tempoh hari.

Disebalik persembahan menarik daripada Shiro itu, ada mesej berguna yang cuba disampaikan oleh Ajak dan Shahrul. Harap peminat K-POP tengoklah persembahan itu. Tak salah rasanya meminati bakat yang dimiliki tapi biarlah berpada-pada.

Datuk Jalaluddin Hassa Jadi Bahan Lawak

Pada persembahan yang kedua bertemakan ‘Radio’, Shiro bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk troll Datuk Jalaluddin Hassan. Iyalah selama ini mereka je yang kena. Sketsa dua orang warga Bangladesh yang baru tiba ke Malaysia dan belajar bahasa Melayu memang cukup menghiburkan.

Idea kreatif mereka yang menggunakan perkataan-perkataan yang pernah dituturkan oleh Datuk Jalaluddin Hassan sepanjang pertandingan itu cukup bernas dan mendapat pujian orang ramai. Datuk Jalaluddin Hassan yang sedar dengan sindiran Shiro itu turut memuji persembahan Shiro.

Sepahtu Kembali Mendahului

eraafm

Berbaki beberapa minggu sebelum pentas final, 6 kumpulan masih berjuang bagi menempah tiket final. Setakat ini Sepahtu kembali mengungguli kedudukan senarai undian diikuti oleh Zero dan Shiro. Teruskan mengundi!

undian

 

SKIP THIS AD ×