berita

‘Shuib & Sarah Banyak Bantu Keluarga Fakir Miskin Di Puchong’ – Zakat Selangor

August 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar Instagram @indigitalmusic

Lembaga Zakat Selangor (LZS) merakamkan ucapan takziah kepada usahawan Shuib dan keluarga di atas pemergian Siti Sarah ke rahmahtullah.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan Di Gombak

Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Saya Belum Tahu, Doa Allah Permudahkan’ – Shuib

Banyak bantu keluarga miskin

Menerusi hantaran di Twitter, pentadbir akaun tersebut mendedahkan Shuib dan arwah Siti Sarah banyak membantu keluarga fakir miskin di kawasan Puchong.

Kami di Zakat Selangor mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah di atas pemergian Siti Sarah setelah berjuang melawan Covid-19.

Pasangan usahawan ini banyak membantu keluarga fakir miskin terutamanya di kawasan Puchong.

Moga Allah kurnia kesabaran

Dalam pada itu, Lembaga Zakat Selangor turut menitipkan doa agar Shuib dan ahli keluarga diberi kesabaran tinggi untuk menghadapi dugaan kehilangan.

Kami panjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T, moga Allah mengurniakan kesabaran kepada Shuib Sepahtu dan ahli keluarga Allahyarhamah dlm menghadapi ujian ini.

Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau. Tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang soleh. Amiin ya Rabbal ‘alamin.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi semalam.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Twitter: @zakatselangor

SKIP THIS AD ×