berita

Shukri Yahaya Dedah Individu Busuk Hati Cuba Burukkan Drama Dia Isteri Luar Biasa

June 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulan3

Selepas beberapa minggu ditayangkan di kaca televisyen, drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) menerima kecaman hebat oleh segelintir penonton yang merasakan drama tersebut ‘indah khabar dari rupa’ dan tidak bermoral.

Hal ini semakin memuncak apabila penerbit popular, Ziela Jalil yang juga pelakon di dalam drama tersebut mengeluarkan kenyataan menyarankan agar penonton menukar program lain jika bosan dengan drama terbabit.

Terbaru, pelakon utama drama terbabit Shukri Yahaya tampil mendedahkan sambil menyelar individu yang dikatakan busuk hati dengan dirinya dan DILB. Memang panas!

Tak Puas Hati Datang Jumpa – Shukri

OHBULANDILB

Menerusi kiriman email daripada pembaca OHBULAN!, Shukri Yahaya dikatakan memuatnaik foto berkenaan di laman Instagram miliknya sekitar hujung minggu yang lalu namun dipadam beberapa minit kemudian.

Berdasarkan foto yang dikongsi oleh Shukri Yahaya, ternyata individu yang dikatakan cuba merosakkan kariernya merupakan individu sama yang berbalas komen dengan Ziela Jalil tempoh hari.

OHBULANDILB2

Mungkin dek kerana tak dapat menahan kemarahan, Shukri Yahaya siap mempelawa individu terbabit untuk berjumpa dengannya. Alamak dah macam Sharnaaz Ahmad la pula hihi.

Sebelum DILB

OHBULANDILB3

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Shukri Yahaya, sebelum DILB ditayangkan lagi sudah wujud pihak yang seakan tidak berpuas hati dan cuba menghasut orang ramai agar memboikot drama terbabit.

Adakah daripada pihak produksi sendiri? Apa-apa pun kita tunggu penjelasan lanjut daripada Shukri Yahaya berhubung pendedahan ini.

P/S : Tak okay sangat ke drama ini? Maaflah kami pun tak follow sangat drama Melayu hihi.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×