berita

Siap Naik Atas Badan Nak Buat CPR, Sinetron Indonesia Jaranglah Tak Kelakar!

June 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sinetron Indonesia sering mendapat perhatian ramai apabila memaparkan beberapa babak yang lucu dan menghiburkan penonton dalam sinetron Badai Pasti Berlalu.

Artikel berkaitan: Ibu Koma Terjaga Lepas Anak Menari Tiktok, Netizen Pecah Perut Tonton Babak Sinetron Ini!

Badai Pasti Berlalu ditayangkan di saluran SCTV menjadi bualan hangat netizen apabila watak Leo (lakonan Stefan William) yang kelihatan berada di atas badan pesakit semasa kakitangan hospital menolak katil pesakit ke wad kecemasan.

Kenapa perlu naik sekali?

@badaipastiberlalu.fansngakak ya si Leo. ?? #fyp #fyp? #sctv #sinetron #badaipastiberlalusctv #LeoSiska #tiktok #xyzbca #viral #tiktoktainment? Jaga Mata Jaga Hati – Mitty Zasia

Difahamkan, menerusi Badai Pasti Berlalu di dalam babak ini menyaksikan watak bibik jatuh sakit dan segera dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut doktor. Setiba di hospital, kelihatan watak Leo berada di atas badan bibik tersebut melakukan CPR dengan menekan bahagian leher pesakit dipercayai untuk memberi bantuan penafasan. Malah, watak lelaki itu turut mengarahkan kakitangan hospital untuk menolak katil tersebut dengan cepat.

Maafin aku ya (sambil menekan leher pesakit). Bik, bibik harus bertahan ya, bibik harus kuat.

Klip video dari sedutan sinetron Badai Pasti Berlalu ini telah viral dan dan ruangan komen dibanjiri dengan respon netizen yang lucu. Malah, rata-rata netizen berpendapat babak ini cuba diadaptasi daripada satu babak drama Korea yang terkenal iaitu Descendants Of The Sun lakonan Song Joongki dan Song Hye-Kyo.

Kenapa CPR di leher?

Ala-ala drama Korea

Sumber: Badai Pasti Berlalu

SKIP THIS AD ×