Penerbit dan pengarah, Michael Ang dilihat tertanya-tanya sama ada telefon bimbit milik pelakon Aliff Aziz mempunyai password ataupun tidak selama ini?
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Nafi Hasut Jenama Lain Batal Kontrak, Tuntut Ruhainies Tunjuk Bukti – ‘Dari Mana Datang Idea Fitnah Begini?’
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Minta Ruhainies Tengok Video, Tuduh Media Pusing Cerita – ‘Jangan Tengok Tajuk Wartawan Bodoh’
Nak tahu satu saja!
Menerusi sebuah posting di Instagram, Michael berkata, persoalan tersebut timbul selepas wanita yang didakwa kekasih gelap aktor tersebut senang sahaja ‘screen record’ semua bukti yang ada.
Aku nak tahu satu saja! Siapa boleh jawab! Telefon jantan kantoi 11 kali ni tak ada password ke? Teman wanita muka renovate senang saja screen gran dan bini pun ada bukti buka telefon dia.
Password apa eh jantan ni pakai atau tak ada? Pelik!
Sejak kebelakangan ini, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi topik hangat di media sosial susulan pendedahan oleh Sarah Yasmin berhubung perbualan romantis antara pasangan artis itu.
Malah, satu demi satu ‘rahsia’ mula terbongkar sehingga membuatkan Ruhainies memilih untuk menetapkan akaun Instagramnya yang memiliki 1.7 juta pengikut itu kepada mode ‘peribadi’.
Sumber: Michael Ang