berita

Siapa Dr Fauziah? Ini Kronologi & Fakta Lengkap Misi Kemanusiaan Zaytouna Yang Ditawan Israel

October 6th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanzaytouna

Lewat malam semalam negara digemparkan dengan berita penahanan dan rampasan kapal aktivis kemanusiaan, Zaytouna-Olive oleh tentera Israel yang membawa 13 wanita dalam misi Women’s Boat To Gaza (WBG).

Salah seorang wanita yang turut berada di dalam kapal terbabit ialah Dr Fauziah Mohd Hassan berasal daripada Malaysia. Berikut beberapa fakta tentang perjalanan misi kemanusiaan ini sehingga ditahan tentera Israel.

13 wanita dari seluruh dunia

screen-shot-2016-10-06-at-12-03-17-pm

Kapal Zaytouna-Oliva belayar dari Barcelona sejak September lalu bersama 13 wanita daripada pelbagai golongan dari seluruh dunia, termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Maguire dari Ireland Utara, Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson, serta beberapa peserta dari Amerika Syarikat, Norway, Afrika Selatan, Kanada dan Turki.

Misi itu turut disertai wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan.

Menentang kesengsaraan

z1

Misi ini bermatlamat membawa mesej peranan wanita dalam gerakan penentangan terutamanya membabitkan kesengsaraan yang dihadapi rakyat palestin akibat sekatan ketenteraan oleh Israel. Mereka mahu memberi mesej keamanan kepada dunia bahawa tembok Gaza perlu diruntuhkan.

Difahamkan penduduk Gaza sudah pun menunggu di pantai menanti ketibaan kapal misi kemanusiaan ini yang membawa pelbagai barang untuk diagihkan.

Sukarelawan rakyat Israel sendiri

z4

Menariknya, seorang daripada sukarelawan WBG, Yudit Ilany merupakan rakyat Israel. beliau yang turut sama menyertai misi ini menganggap apa yang dilakukan Israel sebagai satu jenayah.

Kepungan ke atas Gaza merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan. Walaupun saya merupakan orang Israel, tetapi saya mempunyai tanggung jawab untuk memecahkan halangan Zionis ini dengan apa juga jalan yang ada.

Ini merupakan kali pertama kesemua 13 sukarelawan di dalam kapal terdiri daripada kaum wanita, termasuk krew kapal dan kaptennya menjalankan misi ke Palestin.

Bersedia sebarang kemungkinan

z2

Menurut Dr. Fauziah, anak-anak kapal Zaytouna sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan sekiranya dihalang oleh tentera Zionis.

Zaytouna memilih jalan aman; tanpa provokasi dan konfrontasi. Mesejnya adalah cinta, keamanan dan kemanusiaan. Prinsipnya adalah menolak keganasan. Krew dan anak kapal kesemuanya wanita dan terlatih dengan pendekatan aman.

Terputus hubungan Zoytouna

screen-shot-2016-10-06-at-12-06-02-pm

Pada malam rabu lebih kurang pukul 8.50 malam (waktu Malaysia), kebimbangan yang disuarakan rakyat dunia akhirnya terjadi apabila Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan bahawa mereka telah terputus hubungan dengan kapal Zaytouna.

Ditawan tentera Israel

screen-shot-2016-10-06-at-1-00-06-pm

 

Selepas terputus hubungan dengan kapal Zaytouna, pihak Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) akhirnya mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 9.58 malam (waktu Malaysia) pada rabu malam.

Israel melalui satu kenyataan mengesahkan telah menawan kapal misi kemanusiaan terbabit yang didakwa mahu menceroboh masuk ke semenanjung Gaza. Mereka juga mengesahkan telah menunda kapal berkenaan ke pelabuhan Ashdod untuk memastikan ia tidak melanggar undang – undang maritim.

Semua selamat

z0

Dalam satu sidang media sebentar tadi Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengesahkan kesemua 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan ‘Women’s Boat To Gaza’ (WBG) yang berada di atas kapal Zaytouna-Oliva kini berada dalam keadaan selamat.

Siapa Dr Fauziah?

screen-shot-2016-10-06-at-12-29-59-pm

Video mesej SOS

Sumber : Astro Awani, BH Online, Utusan, Rose2Rose, hmetro

SKIP THIS AD ×