berita

‘Siapa Negatif Aku Block’ – Zulin Aziz Tak Sokong Mana-Mana Pihak, Minta Maaf Sekiranya Nana Terasa

August 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Zulin Aziz dikecam netizen selepas bertindak mempersoalkan nilai saman RM200,000 yang dituntut penyanyi, Siti Nordiana terhadap lima individu baru-baru ini. Menerusi komen yang ditingggalkan pada hantaran dimuat naik oleh Nana di laman Instagram, kenyataan Zulin tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen selain menyifatkan dia cemburu dengan tindakan saman tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Saya Perlu Pertahankan Maruah Apabila Nama Diheret Secara Terbuka’ – Siti Nordiana

Artikel berkaitan: Siti Nordiana Buat Laporan Polis & Tuntut Permohonan Maaf

Aku minta maaf

Terima kasih yang menfitnah saya. Terima kasih manipulate ayat saya. Terima kasih semua yang hina saya. Orang yang negatif akan sentiasa  nampak benda negatif. Dia tak nak faham, dia cuma nak hentam. Percayalah, akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan pun faham. Apa aku cakap. Tak marah pun kalau tak setuju, tapi janganlah fitnah. Janganlah cakap benda yang tak dicakap. Aku habis dekat sini. Siapa negatif aku block. Siapa tak suka, sila unfollow. Jaga diri. Terima kasih.

Terbaru, Zulin memuat naik dua tangkap layar mengenai perbualan di antara dirinya dengan Nana di Instagram. Menerusi perbualan tersebut, Nana dipercayai memohon maaf kepada Zulin berikutan kecaman yang diterima oleh Zulin selepas didakwa mempersoalkan nilai saman RM200,000 yang dituntut olehnya terhadap lima individu baru-baru ini.

Menurut Zulin, dia berasa tertekan kerana ada segelintir individu mendakwa dia mengutuk Nana sebaik sahaja isu saman tersebut viral. Sedangkan, niat sebenar Zulin bukan seperti yang dimaksudkan itu. Zulin turut memohon maaf kepada Nana sekiranya penyanyi tersebut terasa hati dengannya.

Bukan team mana-mana

Di akhir posting, Zulin menegaskan bahawa dia tidak menyokong mana-mana pihak. Pada masa yang sama, Nana bersyukur kerana Zulin telah tampil dan menghantar ‘direct message’ kepadanya sebaik sahaja isu tersebut menjadi hangat di media sosial.

Sumber: Zulin Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×