berita

Siaran Istimewa Rancangan ‘Oh My English’ Bersama Lisa Surihani

July 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sejak pelancaran ‘Oh My English!’, siri televisyen ini telah berjaya menawan hampir 1.5 juta penonton Malaysia daripada pelbagai usia dan kaum. Halaman ‘Oh My English!’ di Facebook turut berjaya menawan lebih daripada 85,000 peminat serta lebih daripada 3.25 juta tontonan di YouTube dan jumlah ini masih terus meningkat.

Memang tidak dapat dinafikan kejayaan ‘Oh My English!’ adalah disebabkan oleh sokongan para peminat dari seluruh negara.

Pada hujung minggu ini bermula 20 -22 Julai (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’ dari pukul 10 pagi – 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).

Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’ turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’.

Bukan itu sahaja! Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair – Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

SKIP THIS AD ×