berita

‘Sila Duduk & Jangan Lari’ – Ini 7 Momen Menarik Sepanjang Sultan Muhammad V Bergelar Yang di-Pertuan Agong

January 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pengumuman Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 telah mengejutkan rakyat jelata. Sepastinya ramai rakyat jelata sedih akan keputusan itu kerana dalam tempoh dua tahun berada di atas takhta, baginda amat disenangi dan berjiwa rakyat.

Namun, sejauh mana anda mengenali Sultan Muhammad V ini? Kami kongsikan tujuh momen yang anda akan kenang sampai bila-bila.

1. Perkenan peruntukan gaji & omulumen sebanyak 10%

Sultan Muhammad V telah perkenan pemotongan peruntukan gaji dan emolumen sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2021. Keputusan tersebut dibuat sebagai keprihatinan terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi Malaysia.

Difahamkan pemotongan sebanyak 10% itu berkuatkasa sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka dan sepatutnya sehingga tahun 2021.

2. Hal ehwal agama

Baginda seorang yang mengambil serius dalam soal hal-ehwal agama dan juga rakyat jelata. Antara program yang diadakan daripada hasil ilham Sultan Muhammad V ialah Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja telah bermula sejak tahun 2011 di Negeri Kelantan.

3. ‘Sila duduk dan jangan lari’

 

#VIRAL | “Sila Duduk dan Jangan Lari” – YDPA Sultan Muhammad V

#MediaSelangor #SilaDudukJanganLari

Posted by Media Selangor on Monday, July 16, 2018

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari”

Jenaka dan usikan Sultan Muhammad V ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu mencetuskan fenomena. Kemudian disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.

4. Pandu kereta ke masjid

https://www.youtube.com/watch?v=OfQ8Lay96pA

Inilah contoh teladan yang ditonjolkan baginda apabila memandu sendiri ke Masjid Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras pada Disember 2016. Baginda lebih selesa melakukan segala urusan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan. Ini juga antara sifat yang perlu menjadi ikutan buat kita semua.

5. Tiada rumah terbuka di Istana Negara

Pada tahun 2018, baginda bertitah untuk tidak mengadakan majlis terbuka di Istana Negara. Salah satu contoh terbaik menggambarkan keperibadian baginda yang lebih memikirkan kebajikan rakyat terutamanya jika membabitkan pembelanjaan.

6. ‘Minum air kejap…’

https://www.youtube.com/watch?v=uJTCAoASvAo

Kejadian ini berlaku di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13. Hanya Agong mahu minum air, ia menjadi sebutan netizen. Gaya selamba baginda disifatkan sangat dekat dengan rakyat jelata dan tidak terlalu mengikut protokol. Buka botol air pun sendiri!

7. Pengampunan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sultan Muhammad V telah berkenan memberikan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada 16 Mei jam 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras. Rata-rata penyokong Anwar Ibrahim bersorak gembira dengan pengampunan ini sekali gus meyakinkan pembentukan Malaysia baharu!

Sumber: MSN news

SKIP THIS AD ×