Rasanya semua dah tahu yang penyanyi dari Singapura, Sufi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 yang berlangsung semalam.
Masing-masing ada kelebihan dan kebolehan tersendiri. Namun macam biasa lah pertandingan sebegini pasti ada yang kurang bersetuju dengan keputusan akhir. Kata mereka ada yang lebih layak untuk dinobatkan juara.
Hal ini dinyatakan sendiri oleh pengarah drama popular, Michael Ang menerusi akaun twitter nya. Macam tak suka sangat je tu.
Kenapa tak sokong dia masa dekat Singapura dulu?
Tweet daripada Michael Ang ini mendapat perhatian ramai kerana kelantangannya mengkritik Sufi. Lebih-lebih lagi buat warga Singapura sendiri.
Dakwa Michael Ang, 1 undi rakyat Singapura bersaamaan dengan 5 undi di Malaysia. Mungkin dia cuba kaitkan dengan nilai mata wang negara.
Singaporean boleh undi sekali sehari je
Kata-kata Michael Ang ini bagaimanapun tidak disenangi peminat Sufi. Mereka mendakwa rakyat Singapura hanya boeh mengundi sekali sehari sahaja, itupun menerusi online.
Jadi ternyata Sufi ramai peminat di Malaysia?
Pasti ada sebab Sufi diangkat sebagai juara, ada kelebihan dia yang mungkin kita tak nampak. Apa-apa pun tahniah buat semua peserta final!
Sumber : Michael Ang