Baru-baru ini, penyanyi rap popular, MK K-Clique telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27, pada 27 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Akui Sukar ‘Mengorat’ Siti Hajaar – ‘Susah Sangat Dia Sombong’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siapa Peluk MK K-Clique Atas Pelamin? – ‘Muka Isteri Terus Berubah’
Birthday MK
Bersempena dengan tarikh bermakna itu, isteri kepada MK iaitu Siti Hajaar menitipkan ucapan hari lahir buat suami tercinta.
Menerusi hantaran di TikTok, Hajaar bersyukur suaminya dipanjangkan umur serta berdoa kepada Tuhan agar rumah tangga mereka dipenuhi dengan perkara yang indah.
Alhamdulillah, meningkat satu tahun umur suamiku. Semoga yang lebih indah akan datang buat kami. Isnya-Allah, amin.
Menerusi hantaran tersebut, Hajaar turut memuat naik beberapa foto dia berpelukan dengan suaminya.
Reaksi netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut menyampaikan ucapan hari lahir kepada MK dan mendoakannya agar sihat selalu.
Dalam pada itu, ada juga segelitir netizen yang sempat mengusik pasangan itu dengan meninggalkan beberapa komen lucu.
Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.
Sumber: TikTokTikTok