Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa syukur apabila kes saman fitnah terhadap lima individu termasuk dua rakan seindustri iaitu Syura Badron dan Lan Solo telah selesai.
Artikel Berkaitan: Alyah ‘Menangis’ Bila Hetty Koes Endang Puji Lagu Kisah Hati Versi Siti Nordiana Lagi Sedap
Artikel Berkaitan: ‘Bila Rasa Nak Kalah Baru Minta Maaf’ – Netizen Dakwa Syura & Lan Solo Tak Ikhlas
‘Move on’
Ketika ditemui OhBulan! Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana berkata dia tidak mahu lagi memikirkan fasal isu tersebut dan ingin ‘move on’.
Alhamdulillah, semuanya sudah selesai untu kes tersebut. Segala urusa saya telah dipermudahkan.
Bagaimanapun saya tidak boleh nak ulas lanjut sangat, cukup sekadar semuanya sudah selesai.
Kami semua dah boleh move on dan boleh teruskan hidup masing-masing. Saya boleh fokus dan teruskan kerjaya seni saya.
Nana berkata demikikan ketika ditemui pada majlis sidang media konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Dalam masa sama, pelantun lagu Terus Mencintaimu itu berkata, dia ingin memulakan lembaran hidup yang baharu pada tahun hadapan.
Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2024. Untuk teruskan kehidupan ke hadapan, memaafkan dan saling bermaafan itu adalah satu perkara yang baik dalam Islam.
Terdahulu, Kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta terhadap lima individu termasuk dua rakan seindustri Lan Solo dan Syura Badron selesai secara baik.
Peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif dan lima defendan.