berita

Sofi Jikan ‘Kasi Sengat’ Dipenjara 12 Bulan

July 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’ dalam filem KL Gangster, Sofi Jikan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Menerusi Harian Metro, dia didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja atau nama sainstifik 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, 6 Februari tahun lalu.

Penjara 12 bulan

Menurut Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, dia didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bukan itu sahaja, dia turut diperintah agar berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tiga tahun.

Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.

Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan.

Dibenarkan tangguh pelaksanaan hukuman

Selain itu, dia juga dibenarkan untuk menangguh pelaksanaan hukuman sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.

Bagi kesalahan itu, Sofi itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×