berita

SPRM Dedah Bisnes Lima Selebriti Mungkin Terlibat Dengan Aktiviti ‘Cuci Duit’

November 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Dua hari lepas, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lima selebriti untuk tampil memberi keterangan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Artikel Berkaitan: 5 Artis Termasuk Penyanyi, Pelakon & Pengacara Nabil Ahmad Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam

Terbaru, pihak SPRM mendedahkan lima selebriti yang dipanggil dua hari lepas, besar kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan aktiviti ‘cuci duit’.

Ada kaitan dengan ‘cuci duit’

Gambar sekadar hiasan

Lapor Harian Metroselebriti yang telah dipanggil oleh pihak SPRM, besar kemungkinan perniagaan yang dijalankan mereka mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ yang didalangi oleh Alvin Goh bersama orang kanannya, Addy Kana.

Mereka ini terdiri pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara termasuk seorang wanita yang juga bekas isteri kepada pelakon dipanggil bagi membantu dan melengkapkan siasatan mengenai pengubahan wang haram.

Menurut sumber, pihak SPRM turut akan memanggil seorang lagi pengacara wanita selepas menjumpai bukti dan penglibatannya dalam menerima dana daripada sindiket terbabit.

Jika siasatan mendapati mereka ada menerima dana itu akaun dan aset mereka akan dibekukan bagi membantu siasatan.

Masih dalam siasatan

Selain itu, sumber turut menjelaskan salah seorang daripada mereka yang telah dipanggil dua hari lepas, sudah kali kedua datang untuk memberikan keterangan. Hasil siasatan awal pihak SPRM, mendapati kemungkinan mereka sudah menerima dana daripada sindiket terbabit.

Pada awal Oktober yang lalu, pihak SPRM telah memanggil 10 artis dan Instafamous bagi membantu siasatan berhubung Macau Scam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×