berita

Stadium Malawati Tempat Penilaian Covid-19, Bukan Pusat Kuarantin Pesakit

May 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes pesakit positif Covid-19 meningkat hingga cecah 4,000 angka sehari. Bilangan peningkatan drastik tersebut bagaimanapun undang kebimbangan ramai pihak khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selangor merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes positif melepasi angka 1,000 sehari.

Sebelum ini, viral sebuah video berdurasi seminit menunjukkan pesakit positif beratur masuk ke Stadium Malawati, Shah Alam yang didakwa akan menghuni tempat itu sepanjang tempoh kuarantin.

Beroperasi sebagai CAC

Kredit foto: Astro Awani

Namun, dakwaan Stadium Malawati sebagai pusat kuarantin itu adalah tidak benar. Memetik laporan Astro Awani, Stadium Malawati telah dijadikan sebagai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sejak 8 Februari lalu lagi dan bukan untuk menempatkan pesakit-pesakit positif di situ.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Petaling iaitu Dr Faridah Amin menyifatkan ramai netizen salah faham susulan penularan video klip pendek yang menyaksikan orang ramai beratur masuk ke Stadium Malawati itu.

Kes positif datang untuk penilaian, selepas itu disambung dengan pengawasan di rumah, kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), ataupun kemasukan hospital mengikut keadaan semasa pesakit ketika di bawah penilaian.

Untuk makluman umum, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati adalah bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit Covid-19.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×