Masalah kulit ini sebenarnya secara tidak langsung boleh buatkan kita bad mood tau! Lagi-lagi bila kita kena hadir sesuatu majlis kan? Time tu rasa nak menjerit je, betul-betul menguji jiwa kita!
Siapa je yang tak nak flawless, glowing bak artis Korea kan? Min sendiri pun nak dapatkan kulit macam tu tapi tulah susah sebab ada masalah kulit sensitif.
Korang perasan tak selalunya kulit muka kita ni macam terlalu tegang dan terasa kering hingga menyebabkan kegatalan walaupun dah pakai macam-macam produk?
Sebenarnya, itu merupakan tanda masalah kulit sensitif tau. Macam tak percaya kan! Kalau nak tahu jika korang ada masalah kulit sensitif ataupun tak, jom kami kongsikan cara-caranya!
Kenali masalah kulit terlebih dahulu!
Masalah kulit sensitif ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sinaran ultra ungu (UV), perubahan cuaca dan suhu, penggunaan bahan kimia yang tidak bersesuaian seperti kosmetik, sabun mandi dan wangian, pencemaran air atau masalah gangguan hormon.
Ni min kongsikan antara tanda seseorang itu mempunyai masalah kulit sensitif :
1. Sering Mengalami Iritasi
Iritasi berlaku apabila kulit kita ni terdedah kepada bahan-bahan tertentu yang merosakkan dan menembusi pelindung kulit, sekaligus mengakibatkan keradangan.
Memang stress lah kejap-kejap nak garu muka je, kadang-kadang tu sampai melecet lah kita garu. Lagi korang garu makin teruk lah keadaan kulit korang tu.
Apa yang korang boleh buat ialah, lap kulit dengan tuala yang lembut selepas mandi dan elakkan daripada menggosok sebab ia akan membuatkan kulit korang bertambah gatal.
Ingat jangan lupa sapukan ubat anti-radang dan ambil ubat anti-alergi yang ditetapkan, cara ni dapat lah mengurangkan berlakunya iritasi.
2. Kulit Wajah Kering
Faktor iklim atau cuaca sejuk sering dijadikan punca berlakunya masalah kulit kering, tetapi masalah ini boleh juga berlaku di dalam cuaca tropika lembap. Kulit kering ini sebenarnya adalah salah satu masalah kulit sensitif yang kerap dialami oleh rakyat Malaysia.
Apabila kulit korang menjadi kering, ia akan terasa kasar, bersisik dan bagi sesetengah kes, boleh menyebabkan rekahan dan pendarahan yang menyebabkan kulit hilang kemampuan untuk melindungi kita daripada faktor luaran yang berbahaya. Yang perempuan mesti stress sebab nak pakai make up pon tak flawless kan?
Apa kata korang try pakai pencuci muka yang mempunyai bahan pelembab yang membantu melembabkan kulit korang. Pemilihan pencuci muka pun penting tau dan jangan sesekali amik mudah.
3. Kulit Wajah Yang Kasar
Min percaya semua orang mesti nak kulit yang halus dan mulus pada wajah dan tubuh kan. Tetapi kita mungkin mempunyai kulit yang kusam dan kasar ketika disentuh, malah ada ketika terasa gatal, merekah, mengelupas dan pedih.
Masalah ini adalah perkara paling kerap dialami oleh 86% rakyat Malaysia kerana masalah ini merupakan masalah yang kerap ditemui tau.
Antara penyebab kulit kasar berlaku adalah disebabkan oleh cahaya matahari atau terdedah kepada sinar UV yang berpanjangan dan dapat memecahkan serat kolagen pada kulit, menjadikannya kering dan menebal.
Mesti korang tak tahu nak buat apa kan? Haa…try exfoliate kulit wajah korang bagi menghilangkan sel kulit mati. Hal ini kerana, ia dapat melembutkan serta menghaluskan tekstur kulit korang dan ingat jangan terlebih exfoliate pulak nanti lain jadinya!
4. Kulit Wajah Sering Ketegangan
Tidak dinafikan lagi bahawa membersih adalah langkah wajib di dalam penjagaan kulit. Tapi kan, korang pernah tak rasa kulit korang macam tegang semacam? Kadang-kadang tu terasa pedih pun ada jugak.
Min rasa lah kan, masalah kulit tegang ni adalah tanda-tanda kulit kita kekeringan sebab kurang hidrasi. Maklumlah cuaca kat Malaysia ni tak menentu kejap panas, kejap sejuk.
Kekeringan kulit ini berlaku bila terdapat lapisan minyak yang tidak mencukupi pada permukaan kulit. Perkara ini boleh berlaku disebabkan faktor usia, genetik, dan keadaan kulit seperti ekzema.
Tapi jangan risau, korang boleh cegah masalah ini dengan menggunakan pelembab yang bersesuaian. Melembabkan kulit adalah langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah kekeringan dan kurang hidrasi, sekaligus mengelakkan kekeringan berlaku. Rasanya lepas ni, korang kena jadikan lah pelembab kulit muka ni sebagai bestie korang!
5. Skin Barrier Yang Lemah
Ramai orang berkata, jangan pernah menilai apa saja melalui luaran semata-mata. Tapi apabila bercakap mengenai kulit, luaran itu sebenarnya amat penting dan bermakna bak kata orang ‘first impression’!
Korang tahu tak sebenarnya, skin barrier atau stratum corneum adalah merupakan barisan pertahanan pertama pada badan kita. Ia membantu mengekalkan elemen yang baik seperti hidrasi, dan melindungi daripada elemen seperti bakteria, iritasi, sinar UV dan sebagainya.
Kalau skin barrier korang dah rosak memang korang akan selalu mengalami masalh kulit yang berpanjangan. Jadi jaga lah skin barrier korang dengan pakai sunscreen ketika nak keluar dan reapply 4 jam sekali tau.
Apa! Korang dah cuba macam-macam produk tapi masih sama je? Hemm…betul ke ada produk pencuci muka yang boleh menyelesaikan masalah kulit sensitif ni? Boleh percaya ke tak ni?
Mestilah boleh dengan pencuci muka dari Cetaphil, confirm dapat membantu korang dapatkan kulit wajah yang flawless dan glowing. Nak tahu kenapa tak?
Cetaphil jenama penjagaan kulit Dermatologi No 1 di Malaysia
Produk keluaran Cetaphil memang terbukti selamat untuk semua jenis kulit terutama mereka yang ada masalah kulit sensitif sebab mempunyai nilai pH yang seimbang untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan berkesan. Wow!
Korang tahu tak, sudah 75 tahun Cetaphil menjadi jenama yang sangat dipercayai dan sentiasa komited untuk merawat masalah kulit terutamanya kulit sensitif. Sebab ini lah, Cetaphil menjadi produk penjagaan kulit dermatologi no.1 Malaysia. Hebat kan!
Ramai yang berpuas hati dengan keadaan kulit selepas mencuci muka mereka dengan menggunakan produk Cetaphil ni. Min sendiri gunakan produk Cetaphil pun rasa syok, iyalah selepas sekali cucian memang kulit kita akan rasa lembut dan lembab ala-ala kulit baby!
Produk penjagaan kulit Cetaphil juga, membantu mengukuhkan skin barrier dan mempertahankan lima tanda masalah kulit sensitif tau, seperti iritasi, kekeringan, kulit wajah yang kasar, ketegangan dan skin barrier yang lemah.
Produk terlaris Cetaphil seperti Gentle Skin Cleanser, Oily Skin Cleanser, Moisturising Cream, Moisturising Lotion dan DailyAdvance Ultra Hydrating Lotion, kini didatangkan bersama wajah dan formula yang lebih baharu.
Formula baharu yang di naik taraf ini membantu memberi lebih keberkesanan selepas menggunakannya. Terdapat 3 campuran ramuan baharu yang digunakan seperti niacinamide, panthenol, dan gliserin. Fuhh!
Antara kebaikan ramuan baharu ini ialah :
1. Niacinamide
- Niacinamide merupakan Vitamin B3 yang serba boleh untuk membantu menguatkan penghalang kulit, memperbaiki tona dan melegakan kulit.
2. Panthenol
- Panthenol merupakan Pro-Vitamin B5 yang membantu menambah kelembapan kulit serta mengurangkan kehilangan cecair bagi kulit tampil anjal dan melegakan kulit sensitif.
3. Gliserin
- Gliserin merupakan bahan humektan yang dapat membantu melembapkan kulit dengan menarik air dari lapisan sel kulit di bawah untuk meningkatkan kelembapan kulit.
4. Hypoallergenic
- Hypoallergenic ini menandakan bahwa produk tersebut telah diformulasikan untuk tidak menimbulkan reaksi alergi. Yang penting tidak menggunakan pewarna dan pewangi.
Formula baharu ini dirumus khas untuk kulit sensitif. Sebenarnya, lebih daripada 50% orang di Malaysia berurusan sekurang-kurangnya satu jenis kulit sensitif tanpa disedari.
Sebab tu Cetaphil menambah baik formula dengan menggunakan bahan-bahan yang di sokong oleh sains untuk memberi keputusan yang terbaik untuk kulit korang. Formula terbaru ini boleh terbiodegradasi dan bebas daripada bahan yang berbahaya seperti paraben, sulfat dan bahan yang terdiri daripada haiwan.
Selain bahan yang disokong oleh sains, produk Cetaphil juga menggunakan bahan semula jadi seperti :
- Cetaphil Moisturising Cream mengandungi minyak badam
- Cetaphil Moisturising Lotion mengandungi minyak alpukat
- Cetaphil DailyAdvance Ultra Hydrating Lotion mengandungi Shea Butter
Yang paling penting ia terbukti keberkesanannya oleh pakar dermatologi. Barulah yakin nak guna!
Ini baru betul Cetaphil berwajah baharu!
Siap ada penganalisis kulit online?
Psttt…ada satu berita baik untuk korang, bagi membantu korang memahami masalah kulit korang, Cetaphil kini melancarkan sistem penganalisis kulit termaju dan mengesyorkan produk yang bersesuaian dengan kulit korang.
Min percaya lepas ni mesti korang akan try gunakan penganalisis kulit online ni kan?
Tujuan utama pelancaran sistem penganalisis kulit ini adalah untuk membantu korang mengenal pasti masalah kulit yang korang hadapi serta memberi tips pencegahan. Mudah, cepat dan selamat!
Korang juga akan diberikan sampel percuma terlebih dahulu untuk menguji keberkesanannya di kulit wajah korang sendiri.
Cepat tunggu apa lagi, klik sini untuk try sekarang!
Belanja & Menang hadiah bernilai sehingga RM10,000!
- Dyson Supersonic™ Hair Dryer bernilai RM2099
2. Hadiah Kedua Untuk 3 Pemenang Bertuah
- Bekalan produk Cetaphil selama 1 tahun bernilai RM1200
3. Hadiah Saguhati Untuk 15 Pemenang Bertuah
- Hamper Cetaphil bernilai RM100
Dah tahu menang apa mesti korang tertanya-tanya macam mana pulak nak join peraduan ni kan?
Berikut merupakan cara untuk menyertai peraduan ini :
Langkah 1 : Berbelanja minimum RM100 pada mana-mana produk Cetaphil di kedai terpilih.
Langkah 2: Imbas QR kod yang disediakan untuk menghantar resit pembelian atau hantar melalui Whatsapp ke 010-7931060
Mudah kan? Apa tunggu lagi, cepatlah beli produk Cetaphil sekarang, mana tahu peluang korang untuk menang tu ada kan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Cetaphil atau laman Facebook mereka.