Penyanyi, Fyna Jebat mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung dakwaan terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya, Datin Zalina Zaini, pada minggu lalu.
Artikel berkaitan: Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut
Artikel berkaitan: ‘Saya Sibuk, Hubungi Esok Lusa’ – Zainal Abidin Belum Bersedia Beri Kenyataan
Artikel berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran
Serah kepada pihak berwajib
Ketika sesi temu bual bersama pihak OhBulan!, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat memberitahu dia menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut.
Tidak apa yang saya boleh katakan. Biarlah isu ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Menurut Ayda Jebat, adiknya enggan mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen.
Dia tak boleh kongsi apa-apa, saya minta maaf. Bagi pihak Fyna dan keluarga, kami rasakan jika banyak kami bercakap atau kami kongsikan, perkara itu boleh jadi benda lain. Kami harap semua pihak boleh memahami pendirian kami, terima kasih kerana menyokong kami.
Di samping itu, Fyna berkata fokusnya dalam pertandingan Famili Duo tidak terganggu meskipun pelbagai perkara telah berlaku.
Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandigan ini kerana kakak saya dah banyak berhabis wang untuk persediaan persembahan Famili Duo setiap minggu. Abang ipar saya, Nabil Mahir selaku pengarah kreatif untuk setiap persembahan kami dan team juga sering bertungkus lumus memberikan terbaik. Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu.