Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mimi Mohd, 54 memberitahu dia di ceraikan suami selepas melakukan pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat.
Artikel Berkaitan: ‘Ketulan Di Payudara Sudah Kecut & Hampir Hilang’ – Suami & Anak Pembakar Semangat Nas Adila Lawan Kanser
Artikel Berkaitan: Nas Adila Hidap Kanser Payudara Tahap Tiga, Bakal Mula Kemoterapi Minggu Hadapan
Tidak memberi semangat
Menurut Mimi, dia mengikut nasihat doktor supaya sebelah daripada payudarannya perlu dibuang, bagi mengelak sel kanser merebak.
Namun, dalam masa sama suaminya (bekas) tidak mahu dia membuang payudara yang mempunyai sel kanser itu. Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting.
Berikutan daripada itu, suaminya didakwa berang dengan tindakan tersebut lalu membuat tuntutan untuk menceraikannya. Ujar Mimi, dia terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana tidak boleh menerima cadangan suami pada ketika itu yang memintanya berubat secara tradisional.
Sebelum lafaz cerai, dia (suami) pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja.
Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pelbagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.
Lebih sedih, Mimi mengakui suaminya tidak memberi semangat tatkala dia bertarung nyawa melawan kanser.
Kini saya anggap sudah terlepas dari ‘neraka dunia’ kerana tersalah dalam berkongsi hidup dengan manusia yang tidak pandai menghargai.
Sumber: Harian Metro