berita

Suami Didakwa Bunuh Isteri Sendiri Selepas Dua Hari Tandatangan Polisi Insurans Lebih RM1 Juta

November 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat yang dilaporkan meninggal dunia selepas menandatangani polisi insurans harta sebanyak $250,000 (anggaran 1,060,250.00). Apa yang lebih mengejutkan, suaminya didakwa menjadi individu yang bertanggungjawab bagi kes pembunuhan tersebut.

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Rancang Rompakan & Pembunuhan Suami Sendiri Demi Harta, Pandai Dia Berlakon!

Artikel Berkaitan: ‘Master Mind’ Pembunuhan Suami Demi Duit Insuran, Namun Tersilap Langkah Apabila Pembunuh Yang Diupah…..

Artikel Berkaitan: Berang Isteri Dirogol Sebanyak 2 Kali, Suami Bertindak Bunuh Majikan Isteri Dengan 13 Kesan Tikaman

Suami didakwa bunuh isteri sendiri

Foto: DailyMail

Lapor DailyMail, suspek berusia 41 tahun didakwa atas kematian isterinya susulan penemuan mayat mangsa di dalam rumah mereka di Clayton Bluff, Houston pada 18 November yang lalu. Ujar pihak polis, suspek dikatakan cuba meyakinkan pihaknya dan menjelaskan mangsa telah dibunuh oleh seorang penceroboh.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya menjelaskan suspek yang bertindak membunuh isterinya sendiri dua hari selepas mangsa menandatangani insurans hayat. Hasil pemeriksaan pasukan perubatan mendapati terdapat satu kesan tembakan pada bahagian kepala mangsa.

Mengulas lebih lanjut, suspek menceritakan kepada pihak polis bahawa mangsa telah membelikannya sebuah pistol namun, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang peluru. Bagaimanapun, pihak polis berjaya menjumpai satu kartij 0.22 mm di dalam poket suspek dan kepala mangsa ketika itu dikatakan telah ditutup dengan beg kain.

Jiran dengar pergaduhan

Foto: DailyMail

Mengulas lebih lanjut, jiran kepada mangsa membuat laporan terdengar pertengkaran pada hari yang sama mayat mangsa ditemui. Suspek juga dikatakan telah menghubungi talian kecemasan selepas menerima satu mesej daripada mangsa mengatakan terdapat seorang lelaki yang ingin menceroboh ke dalam rumahnya.

Pemanggil melaporkan bahawa dia terputus talian dengan isterinya, sejurus selepas dia memberitahu ada seorang lelaki yang mencurigakan di kawasan rumah mereka.

Pegawai kami telah memasuki kediamannya dan mendapati wanita tersebut sudah meninggal dunia.

Sehingga kini, pihak polis masih tidak menemui sebarang kesan pencerobohan dan kecurian yang berlaku di rumah mangsa.

Sumber: DailyMail

SKIP THIS AD ×