Baru-baru ini tular seorang pengacara yang didakwa tidak pandai menyiang ikan ketika sesi siaran langsung sebuah rancangan sehingga mendapat kecaman warganet.
Terbaru, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad tampil memberikan respon berhubung isu berkenaan.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mengaku Tak Tahu Cara Menyiang Ikan Sebelum Kahwin, Ibu Mentua Puji Sebab Jujur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Naikkan Gaji Hos!’ – Netizen Puji Uyaina & Jirayut Bantu Terjemah Pelbagai Bahasa Untuk Peserta Program Dangdut
‘Siap siang di pasar’
Menerusi ciapan di platform X, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendedahkan bahawa suami dan ibu mentuanya sama sekali tidak kisah jika dia tidak mahir menyiang ikan.
Sejak kes siang ikan viral, saya nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami saya juga paling ‘chill’.
Tak pernah kisah saya pandai siang ikan ke tak. Sebab masa beli ikan dekat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.
Dalam pada itu, Uyaina juga berharap agar kaum adam tidak mempertikaikan penguasaan kemahiran tersebut kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tapi relaks lah kaum lelaki. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta. Jadi reti siang ikan ke tak belakang cerita. Yang penting sambal lado siap.
Sementara itu, Uyaina juga menjelaskan tentang ‘host challenge’ yang dirancang oleh pihak produksi program tersebut.
Kalau awak tengok rancangan ini memang akan ada cabaran untuk hos. Macam-macam penerbit akan bagi dekat hos secara spontan.
Menjengah ke ruangan balas, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet antaranya ada yang bersetuju dengan kenyataan Uyaina.
Saya ada menantu perempuan, dah 6 tahun kahwin. Tak pernah kisah dia pandai siang ikan atau masak. Bila balik kampung, saya yang masak sebab saya nak bagi mereka kenangan indah dapat makan masakan saya.
Sebab tu aku tak bising sangat pasal kes siang ikan ni sebab aku pun sedar aku banyak benda tak pandai. Banyak benda lagi kena belajar.
Lelaki pun ramai tak boleh jadi imam, patutnya tu yang malu.
Dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir warganet yang tidak sependapat dan menyatakan bahawa setiap individu perlu menguasai kemahiran asas supaya dapat memudahkan kehidupan seharian.
Sumber: Platform X