Di aplikasi X, seorang individu berkongsi kisah di mana pasangan suami isteri merancang untuk tidak memiliki anak di awal usia perkahwinan.
Namun begitu, mereka telah dikurniakan rezeki lebih awal untuk menimang cahaya mata meskipun kedua-duanya masih belum bersedia bergelar ibu dan ayah.
Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Propa’, Kurang Ajar & Tak Layak Menjadi Contoh Usahawan, Ini Respon Asyraf Khalid
Artikel Berkaitan: Datuk K Dedah Perangai Asyraf Berubah 360 Darjah
Belum mampu dari segi kewangan
Menurut pasangan tersebut, mereka sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan merancang untuk mendapatkan zuriat selepas lima tahun usia perkahwinan. Tambah pasangan berkenaan, mereka belum bersedia dari segi kewangan untuk membesarkan anak.
Tidak dapat diduga, Allah telah memberikan rezeki yang lebih awal kepada mereka. Berikutan daripada itu, pasangan suami isteri ini meluahkan rasa buntu dan mahu menggugurkan kandungan tersebut. Pada masa yang sama, perasaan berbelah bahagi turut dirasai.
Saya dah kahwin selama dua tahun. Saya dan suami rancang untuk tidak memiliki zuriat sekurang-kurangnya dalam lima tahun ini. Sebab rasa belum mampu dari segi kewangan lagi. Tapi sekarang saya tengah mengandung dan dalam keadaan ini, kejam ke kalau kami ambil keputusan untuk gugurkan kandungan. Kami berdua belum bersedia dan pada masa yang sama kami berasa tidak baik.
Di rungan thread, usahawan terkenal iaitu Asyraf Khalid dilihat tampil memberi pandangannya berhubung dilema yang dihadapi oleh pasangan tersebut.
Menurut Asyraf, dia pernah berdepan situasi yang sama apabila isterinya, Tya Arifin sedang hamil anak pertama mereka iaitu Arif. Ujar Asyraf, kewangannya tidak stabil pada masa itu. Namun, selepas Arif lahir semuanya berubah dan Allah memberi pelbagai rezeki buat dirinya.
Menerusi pemerhatian OhBulan! rata-rata netizen berharap pasangan tersebut tidak membuat keputusan yang salah. Ini kerana, zuriat merupakan salah satu rezeki yang Allah berikan kepada manusia. Tambah netizen, bukan semua pasangan yang sudah berkahwin berpeluang memiliki zuriat sendiri. Oleh itu, mereka berharap pasangan tersebut berfikir mengenai hal itu.
Sumber: X (Twitter)