Foto: Tribune Medan
Seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan tiga orang lelaki terkejut apabila kesemua suaminya itu dilihat bergaduh sesama sendiri sehingga menyebabkan salah seorang suaminya itu maut akibat dibunuh.
Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Tembak Bekas Isteri Depan Anak, Sempat Buat ‘Live’ Di Instagram
Suami kedua mati ditetak
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribune News, difahamkan pergaduhan besar yang berlaku di Daerah Bone, Sulawesi Selatan di Indonesia itu melibatkan tiga orang individu iaitu seorang wanita berusia 22 tahun beserta suami kedua dan ketiganya yang masing-masing berusia 31 dan 35 tahun.
Menurut pegawai polis daerah Bone, Arief Doddy, pada awalnya suami ketiga wanita itu memaklumkan kepadanya ingin ke bilik air untuk membuang air besar namun bertindak pergi ke rumah mertuanya sebelum menetak mangsa yang sedang tidur.
Pada awalnya suspek memaklumkan ingin ke tandas untuk membuang air besar kepada isterinya namun bertindak menuju ke rumah mertuanya.
Ketika di rumah, suspek kemudiannya menetak mangsa yang sedang tidur di dalam rumah sebelum bertindak melarikan diri.
Sehingga ke hari ini, pihak polis masih lagi giat melakukan pencarian ke atas suspek yang berjaya meloloskan diri dari tempat kejadian.
Kami (polis) masih lagi mencari suspek yang melarikan diri dan motif sebenar kejadian bunuh ini masih lagi belum dikenal pasti.
Suami kedua wanita berkenaan disahkan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.
Sumber: Tribune News