berita

‘Kau Kelar Leher Aku, Tikam Belakang Aku, Kau Memang Kejam Ariffin!’

November 12th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Seorang wanita berusia 21 tahun cedera ditikam suaminya di bahagian leher dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya dekat Pasir Gudang, Johor Bahru.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian 9.30 malam itu dan memaklumkan siasatan awal mendapati mereka dalam proses perceraian.

Semalam, satu rakaman video seorang perempuan yang cedera parah sejurus ditikam suaminya mendapat perhatian ramai. Video berdurasi 15 saat itu dikongsi lebih 25 ribu kali di Facebook.

Dakwa wanita yang dikenali sebagai Shasha itu, suspek telah menikam sepupunya berkali-kali selepas ajakan untuk pulang ke rumah ditolak isterinya kerana bimbang akan keselamatan diri.

Mohon laporkan kepada polis

Sementara itu, Superintendan Norazam Shaari memberitahu kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan kejadian ini, kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini supaya dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.

Sumber: Harian Metro, Shasha Kamaruddin

SKIP THIS AD ×