berita

“Sudah 18 Tahun Saya Menjadi Tunggul Di Dalam Kristal” – Lan Kecewa, Umum Tinggalkan Kristal

November 27th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Minggu lepas kecoh di media sosial mengenai pergolakan kumpulan rock Kristal yang ingin mencari vokalis baru bagi menggantikan Lan. Ini susulan daripada penyertaan Lan di Gegar Vaganza musim ke-4 tanpa pengetahuan anggota kumpulan yang lain.

Artikel berkaitan: “Layan Anggota Kristal Macam Tunggul” – Lan Kristal Tak Ingin Ulas Kenyataan Rody

Seperti yang dijanjikan, Lan telah menjawab segala persoalan yang bermain di minda para peminat Kristal sejurus tamat konsert minggu ke-5 semalam. Dengan rasa berat hati Lan telah mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan Kristal.

Terasa hati dengan kumpulan Kristal

Lan berbuat demikian kerana terasa hati dengan anggota kumpulan Kristal yang telah membuat sesuatu keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Lan turut menyelar kenyataan Rody yang menganggapnya melayan anggota kumpulan lain seperti tunggul.

Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya, tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang terakhir yang tahu.

Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini.

Ada anggota lain yang buat projek solo

Lan juga berkata, sebelum ini ada juga anggota kumpulan Kristal yang menjalankan projek solo tetapi apabila Lan ingin bergerak solo dia dituduh sebagai tunggul.

Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek solo. Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi masih bersama Kristal.

Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya dipersalahkan dan dituduh ‘tunggul’

Guna jenama Lan sendiri

Pihak produksi GV4 telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama Lan Kristal tetapi sebaliknya akan membawa jenama Lan sendiri selepas ini. Lan turut berkata dia tidak berdendam dengan kumpulan yang menaikkan namanya itu kerana telah menganggap mereka seperti keluarga sendiri.

Sebenarnya saya ada perancangan sempena 20 tahun Kristal, tetapi apabila kemelut ini terjadi, semua apa yang saya rancangkan sudah berakhir.

Diharap Lan dan anggota kumpulan Kristal yang lain memikirkan semula keputusan yang telah dibuat ini kerana sudah pastinya ramai peminat yang kecewa diatas keputusan ini. Tetapi, sekiranya keputusan ini muktamat kami mengucapkan selamat maju jaya untuk Kristal bersama vokalis baru dan Lan dengan projek solonya.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×