Anggota kumpulan BTS iaitu Suga disiasat pihak berkuasa Korea Selatan selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.
Artikel Berkaitan: Berat V BTS Naik 10kg Lepas Masuk Tentera, Peminat Kata Makin Sado..Handsome!
Artikel Berkaitan: Jungkook BTS Jadi Tukang Masak Di Kem Tentera
Suga tunggang skuter dalam keadaan mabuk?
Memetik laporan Allkpop, Balai Polis Seoul Yongsan sedang menyiasat Suga atas tuduhan melanggar undang-undang di bawah Akta Trafik Jalan Raya kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk di daerah Yongsan.
Penyanyi berusia 31 tahun itu ditemui terbaring bersendirian di tepi jalan pada malam Selasa bersama skuter eletrik yang ditunggangnya.
Susulan daripada itu, agensi Big Hit Music tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang dilakukan artis di bawah naungan mereka itu.
Mereka menjelaskan kejadian itu berlaku ketika Suga dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil minuman keras. Suga kemudian dibawa pulang ke rumah oleh polis pengiring.
Untuk info, di Korea Selatan skuter eletrik tertakluk kepada peraturan jalan raya sama seperti kereta.
Sumber: Allkpop