berita

Sugu Terlepas Hukuman Penjara Kes Miliki Senjata Berbahaya

January 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahun lalu, suami kepada pasangan Youtuber masakan iaitu Sugu ditahan polis atas tuduhan mencederakan isterinya, Pavithra menggunakan senjata tajam di sebuah hospital.

Artikel berkaitan: Pavithra Kelihatan Tenang, Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

Artikel berkaitan: ‘Korang Nak Mereka Bercerai?’- Beri Peluang Kedua, Pavithra Disamakan Dengan Bella Astillah

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Sugu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen, hari ini mengenakan perintah bon berkelakuan baik selama tiga tahun kerana memiliki senjata berbahaya.

Dituduh memiliki senjata berbahaya

Menurut hakim, Norashima Khalid, hukuman tersebut dijatuhkan ke atas tertuduh, M Sugu dengan cagaran RM8,000 bersama seorang penjamin, mengikut Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah. Di samping itu, Norashima juga memerintahkan tertuduh membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000.

Sebelum ini, Sugu telah menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah. Dia juga dituduh memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis ‘Tiger’ di kawasan parkir Wad Paliatif Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada 21 Julai tahun lalu. Oleh kerana memiliku senjata berbahaya, Sugu boleh disabitkan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.

Bon berkelakuan baik

Pengakuan awal (kepada mengaku bersalah) hari ini sudah menjimatkan masa dan kos, selain mengambil kira pengiktirafan yang diberikan atas kejayaannya sehingga menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Menurut peguam yang mewakili M Sugu iaitu Mohamad Hafiz Jalaludin dan Syahrul Nizam Mohd Rabi, mereka memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik serta mengambil kira tertuduh tidak pernah terbabit dalam kes jenayah mahupun gangsterism sebelum ini serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Jelas Mohamad Hafiz, keseluruhan kes itu berpunca daripada salah faham semata-mata, selain anak guamnya perlu menyara dua anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian serta jagaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×