Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilapor telah dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru, Johor dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Lebih Bertenaga & Kuat’ – Ina Naim Jawab Dakwaan Terpaksa Jadi Ketua Keluarga
Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Alami Masalah Mata Kronik, Terpaksa Guna Tongkat Untuk Berjalan
Seminggu di hospital
Memetik laporan BH Online, tahap kesihatan Suhaimi, 43, kurang baik dan sedang ditidurkan. Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid yang pergi menziarah penyanyi itu, pada Sabtu lalu.
Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.
Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti.
Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan sehinggakan susut berat badan.
Baru-baru ini, bapa mentuanya (ayah Ina Naim) membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Mohd Syahril memberitahu Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim enggan diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Suhaimi.
Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: BH Online