berita

Suhu Mencecah -2 Darjah Celcius, Gurun Sahara Kini Diliputi Salji Putih!

January 19th, 2021 | by Danialaffiq
Kini Trending

Siapa sangka, kawasan gurun di Afrika dan Arab Saudi kini telah menerima salji dan ais. Suhu disana juga mencecah -2 darjah celcius. Sangat luar biasa. Fenomena ajaib yang jarang kita dengar. Menurut MailOnline, fenomena berkenaan menyebabkan suhu di kawasan sekitar seperti di wilayah Asir merekodkan bacaan suhu -2 darjah celcius.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Padang Pasir Yang Panas Di Arab Saudi Kini Dilitupi Salji

Penduduk tempatan gembira

Foto: Mail Online

Menurut laporan yang dipetik oleh Mail Online, penduduk tempatan menyatakan rasa gembira disebabkan fenomena salji yang jarang terjadi di mana gunung dan gurun ditutupi dengan warna putih salji. Fenomena ini jarang-jarang berlaku dan kali terakhir kawasan pergunungan wilayah Asir dilanda salji adalah pada April 2018.

Penduduk tempatan dan orang asing juga berpusu-pusu ke padang pasir di wilayah Asir untuk menikmati pemandangan yang jarang terjadi, lapor Geo TV. Menurut Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Foto: Mail Online

Foto: Mail Online

Foto: Mail Online

Foto: Mail Online

Pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang signifikan dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim. Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.

Sumber: Mail Online

SKIP THIS AD ×