berita

Sultan Selangor Dukacita Isu Individu Nak Keluar Agama Islam

March 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sultan Selangor iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir umat Islam dilihat tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan akidah.

Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Tak Nak Jadi Orang Islam’ – Sajat

Artikel berkaitan: ‘Berhentilah Membinasakan Diri Kamu’ – Mufti Pahang Tegur Sajat

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui Instagram Selangor Royal Official, baginda menegaskan sebarang percakapan mana-mana individu beragama Islam berhasrat untuk keluar dari agama (murtad) boleh menjejaskan keislaman mereka.

Melahirkan rasa dukacita

Baginda meluahkan rasa dukacita dengan sikap segelintir individu beragama Islam yang tidak berhati-hati dalam percakapan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu keluar dari agama.

D.Y.M.M. Sultan Selangor melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam di Negara kita khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan aqidah dan keislaman mereka.

Akui akan keesaan Allah

Tambah Baginda lagi, mana-mana penganut agama Islam perlu untuk percaya akan keesaan Pencipta dengan mengucap kalimah syahadah. Umat Islam juga seharusnya berpegang dan yakin bahawa Allah SWT yang selayaknya perlu disembah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruhNya.

Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah S.W.T. dengan mengucap kalimah syahadah dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah S.W.T. yang berhak disembah dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruh Allah S.W.T. Seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya adalah berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan aqidah sepanjang kehidupannya.

Sehubungan dengan itu tindakan segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar dari agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah S.W.T.

Akur kepada proses undang-undang

Oleh demikian, Baginda menitah agar pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk sentiasa memelihara dan mempertahankan Aqidah Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sebarang unsur dan ideologi yang boleh merosakkannya.

Malah, Baginda telah menitahkan agar semua tindakan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatkan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat.

Kita sebagai umat Islam dan rakyat di Negara ini khususnya di Selangor seharusnya akur kepada proses undang-undang dan mematuhi setiap prosidur yang telah digariskan di bawah undang-undang.

Sumber: Selangor Royal Official

SKIP THIS AD ×