berita

Sultan Selangor Galak Orang Melayu Tonton Mat Kilau, Ambil Pengajaran Supaya Lebih Bersatu Padu

July 5th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: fattahaminz

Filem Mat Kilau mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan kutipan terbanyak dalam masa 11 hari iaitu mencecah RM47 juta. Filem yang mengambil inspirasi kisah sejarah perjuangan anak Melayu menentang penjajah ini bukan sahaja menarik perhatian ramai bahkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton.

Artikel Berkaitan: Lakonan Semakin Hebat, Da’i Wan Puji Kehadiran Fazura Dalam Hidup Fattah Amin – ‘Fazura Percaya Pada Suami Dia’

Fattah luah rasa syukur

Foto: fattahaminz & Selangor Royal Official

Dalam satu hantaran di Instagram, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana baginda berdua berkenan berangkat menonton filem lakonannya.

Alhamdulillah. Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli, untuk menonton filem Mat Kilau.

Patik jua menjunjung derma kurnia buku koleksi dan barang titah nasihat Tuanku Sultan, tentang sejarah Melayu khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan dan koleksi peribadi keris nusantara Tuanku. Barang titah nasihat Tuanku, akan patik semat di hati dan dijunjung selamanya. Patik dan isteri, sekali lagi menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

Lakonan Fattah menerusi watak wang dalam filem ini menuai pujian ramai dek penghayatan yang cukup hebat. Pendek kata, ini antara lakonan terbaik yang pernah dibawakan olehnya.

Sultan Selangor seru tonton filem Mat Kilau

Foto: Selangor Royal Office

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, DYMM Sultan Selangor bertitah agar orang ramai menonton filem Mat Kilau bagi sama-sama menghayati mesej yang cuba disampaikan.

Beta telah menonton filem Mat Kilau yang telah memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.

Beta menggalakan masyarakat negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem in agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya

Sultan Selangor turut memandang serius terhadap gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang sangat membimbangkan dan boleh boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Malaysia.

Sumber: Selangor Royal Office fattahaminz

SKIP THIS AD ×