berita

‘Sumpah Saya Tak Ingat’ – Radhi OAG Tak Ingat Lafaz Cerai Terhadap Isteri

June 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali telah sah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu pada tanggal 25 Mac lalu.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Radhi diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya untuk membuat sumpah nafi berkaitan lafaz cerai yang dibuat terhadap bekas isterinya.

Tidak ingat lafaz cerai

Menurut Hakim Syarie, Husaini Roslin, penyanyi tersebut diminta memberi keterangan kepada mahkamah mengenai lafaz cerai yang tidak diingati ketika hari kejadian pada 25 Mac yang lalu. Manakala menurut Radhi, dia bersumpah tidak ingat dan tidak pasti sama ada dia menyebut perkataan ‘lepaskan’ atau ‘ceraikan’.

Masa tu saya tak tidur dua hari jadi emosi saya tak stabil. Saya marah sangat, tumbuk pintu sampai pecah. Saya marah sebab dia (Ayu) susah hendak pulang ke rumah kami kerana dia balik ke rumah keluarganya. Saya tak tidur risau pasal dia, apa dia buat.

Pihak mahkamah telah menetapkan 16 Julai ini untuk Radhi membuat sumpah nafi atas kenyataannya itu.

Mahkamah tak minta defendan (Radhi) buat sumpah nafi hari ini kerana kesannya besar (membabitkan) azab Allah dunia dan akhirat. Jadi pada tarikh akan datang mahkamah perintah defendan buat sumpah nafi. Masa yang ada ini, defendan boleh fikir semula apa yang berlaku pada tarikh (25 Mac) itu. Sekiranya masih konsisten, sumpah nafi akan dibuat.

Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.

Saya sendiri dengar lafaz cerai itu

Menurut Ayu, dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat Radhi pada jam 4.20 pagi, 25 Mac lalu di rumah mereka. Tambahnya, Radhi mengungkapkan lafaz cerai selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Dia lafaz ‘Aku ceraikan kau dengan talak satu’ . Lepas dia lafazkan ayat itu Radhi kata pada saya dia nak rujuk balik,”.

Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×