berita

Surat Terbuka Terhadap TMJ Ini Buat Rakyat Johor Tak Puas Hati

June 18th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulantmj

Bagaikan tiada kesudahan, kemelut yang melibatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz terus mendapat perhatian ramai termasuk pihak media.

Ahad lalu Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu. Menurut perjanjian tersebut Johor boleh terkeluar daripada Malaysia jika beberapa syarat dilanggar.

Terbaru, surat terbuka daripada seorang lelaki ini kepada TMJ menerima kecaman hebat daripada netizen terutamanya rakyat Johor. Siapa lelaki ini?

Ia bukan hak Tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat – Amin YatimScreen Shot 2015-06-18 at 11.43.42 AM

Menggelarkan dirinya sebagai Amin Yatim, lelaki ini mempertikai tindakan TMJ yang didakwa mewujudkan istilah ‘Bangsa Johor’.

Jelasnya lagi tindakan TMJ menyindir Perdana Menteri melebihi batas.

Budaya apa yang hendak diterapkan? – Amin Yatim

Screen Shot 2015-06-18 at 11.44.10 AM

Belajarlah adab susila bangsa Melayu – Amin Yatim

Screen Shot 2015-06-18 at 11.44.18 AM

Menerusi surat yang dikongsi oleh portal Suara TV, lelaki ini seolah mengetahui sesuatu dengan mendakwa selama ini UMNO banyak memendam rasa dengan institusi raja.

Tulisan lelaki ini bagaimanapun mendapat respon kurang senang netizen yang mahu tahu perkara sebenar disebalik konflik 1MDB.

Sumber : Suara TV

SKIP THIS AD ×