Kontroversi yang melibatkan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum selesai.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan dengan suaminya sudah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Syukur Siasatan Berjalan Lancar, Usaha Keras Berbaloi’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus
Suami dah curang empat bulan
Terbaharu, Puteri Sarah, 37, mendedahkan menerima kiriman mesej (DM) di Instagram daripada seorang wanita yang sedang diuji masalah rumah tangga.
Menurut wanita yang tidak diketahui identitinya, dia mendapat tahu suaminya berlaku curang sejak empat bulan lalu selepas membaca perbualan di aplikasi WhatsApp.
Dakwa wanita yang baru habis pantang, dia telah dihina luaran dan dalaman dengan penyondol.
Kesian dan geram
Bersimpati dengan nasib wanita terbabit, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menggesa untuk melakukan laporan polis.
Kata pelakon drama Melastik Ke Hatimu, negara ada undang-undang jadi tak perlu takut dengan orang ketiga.
Apa yang dia hina awak tu pergi buat laporan polis. Kita ada undang-undang. Gunakan! Jangan takut dengan orang ketiga!
Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar ditahan JAWI . Sebelum itu, pada 20 Ogos lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana