berita

Suri Rumah Terkilan Disindir Ibu Sendiri Apabila Ingin Bergaya – ‘Kau Tu Bukan Bekerja Pun’

December 29th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Suri rumah sering kali dipandang rendah oleh masyarakat. Meskipun tiada pekerjaan, kebanyakan suri rumah sekarang mempunyai pendidikan yang tinggi dan memilih untuk menjadi suri rumah atas sebab-sebab tertentu.

Menerusi sedutan rancangan ‘Wanita Hari Ini’, seorang wanita tampil berkongsi kisah apabila diperlekeh oleh ibunya sendiri kerana hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.

Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Finalis Ratu Cantik Indonesia, Wanita Bangga Kini Bergelar Suri Rumah

Artikel Berkaitan: Wanita Ini Nangis ‘Breakdown’ Penat Jaga Anak, Dedah Masalah Depresi Dalam Kalangan Suri Rumah

Tersinggung hati

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, wanita tersebut sudah lapan tahun menggalas tanggungjawab dalam mengendalikan hal rumahnya.

Tambahnya, setiap kali keluar bersama keluarga, ibunya pasti mengeluarkan kata-kata yang membuatkan hatinya tersinggung.

Buat apa kau nak beli baju baru? Kau bukannya bekerja.

Kau duduk rumah bukan buat apa-apa pun.

Wanita tersebut akui bahawa dirinya kerap kali terasa hati dengan ibunya namun dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Wanita yang dirahsikan identitinya itu turut terkilan dengan layanan yang diberikan sedangkan dia tidak meminta duit sesiapa dan mempersoalkan jika suri rumah tidak layak untuk berhias.

 

@whitv3malaysia_official

proud of u suri rumah out there?? #whi #surirumahsepenuhmasa #fyp

? Bunda – Potret

Turut bersimpati

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami keadaan wanita tersebut dan akui pelbagai ujian yang perlu dihadapi oleh seorang suri rumah.

Sumber: Tiktok @whitv3@_malaysia

SKIP THIS AD ×