berita

Susahkan Ibu Bapa, Kesatuan Guru Tak Setuju Cuti Sekolah Berbeza Mengikut Negeri

October 11th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Cadangan cuti sekolah berbeza mengikut negeri oleh Timbalan Menteri Pelancongan tempoh hari menerima reaksi berbeza daripada masyarakat terutamanya ibu bapa.

Artikel Berkaitan: Menteri Cadang Cuti Sekolah Berbeza Mengikut Negeri

Terbaru, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menolak cadangan tersebut yang dianggap janggal kerana bakal menjejaskan sistem persekolah yang sudah disusun secara menyeluruh setiap tahun.

Susahkan ibu bapa

Jasni Md Kecik, Presiden KGMMB ketika dihubungi Berita Harian memberitahu, cadangan itu akan menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah berasrama di negeri-negeri berbeza.

Selain itu, cadangan berkenaan boleh menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan SBP Intergrasi di tempat lain kecuali anak mereka bersekolah di kawasan yang sama.

Malaysia tidak seperti negara lain yang luas dan besar seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan China yang mempunyai zon waktu yang berbeza serta pelbagai musim, iklim dan cuaca yang jelas berlainan di antara satu tempat di sana.

Susah nak bercuti

Menurut presidennya, cadangan tersebut sedikit sebanyak bakal menyukarkan percutian bersama keluarga kerana perbezaan hari cuti mengikut negeri. Perkara itu diakui oleh netizen yang turut meluahkan perkara sama.

Perjalanan laluan darat dari Johor Baharu ke Kangar, Perlis hanya kira-kira 12 jam berbanding di Amerika Syarikat yang jarak perjalanan merentas daripada sebelah barat ke timur negara itu yang mengambil masa berhari-hari.

Selain itu, cadangan cuti sekolah berperingkat akan menyukarkan percutian bersama keluarga kerana perbezaan hari cuti sekiranya anak masing-masing bersekolah di tempat lain dan akan “memerangkap” keluarga untuk keluar berrcuti.

Walaupun masih dalam perancangan, kementerian yang terlibat seharusnya mendengar keluhan para pendidik dan mengambil kira semua aspek sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×