berita

Suspek Kerat 8 Isteri & Anak Didakwa Hari Ini

October 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa minggu yang lalu, viral di media sosial mengenai seorang ibu dan anak mati dibunuh selepas mayat mereka ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Kampung Ladang Krubong Melaka. Perbuatan kejam suspek itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mayat dikerat 8 bahagian dan kepala disembunyikan di atas siling rumah.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, suspek yang merupakan warga Singapura, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan membunuh isteri dan anak tirinya.

Hanya mengangguk faham

Jika sebelum ini Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, kes sudah hampir selesai dan mereka dalam proses melengkapkan kertas siasatan. Terbaru, tertuduh yang dikenali sebagai Shahrul Nizam Zuraimy, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, hari ini.

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan oleh pihak mahkamah. Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh isterinya, Norfazera Bidin dan pertuduhan kedua, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, antara pukul 9 malam 6 Oktober hingga 1 pagi, 7 Oktober lalu.

Bahagian badan milik mangsa

Pihak polis turut mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian dan ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong adalah milik mangsa. Idnetiti tersebut disahkan selepas pihak polis menerima keputusan rasmi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari, dia tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Tiada sebarang pengakuan yang direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim.

Sumber: Harian Metro, The Straits Times & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×