berita

Suspek Mungkin Mempunyai Akses Akaun iCloud Mendiang, Polis Thailand Cari Individu Sebar Foto & Video Tangmo

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak berkuasa Thailand dijangka mengenal pasti individu yang menyebarkan gambar dan video mendiang Tangmo dalam tempoh tujuh hari ini.

Artikel berkaitan: ‘Saya Telah Didera Oleh Rakan Saya Sayang & Percaya’ – Status FB Terbaru Tangmo Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Tangmo Nida Mati Bukan Dibunuh, 6 Individu Terlibat Didakwa

Artikel berkaitan : Berang Dituduh Mata Duitan, Ibu Tangmo Nida Mengamuk Nak Saman Netizen

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Kan Dah Kena’– Netizen ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

Mungkin mempunyai akses akaun iCloud

Menerusi laporan Pattaya Mail, Pesuruhjaya Biro Siasatan Jenayah Siber, Pol Lt Gen Kornchai Khlaikhlueng berkata, organisasinya sudah meminta pengendali telefon mudah alih untuk mengenal pasti individu yang mengeluarkan gambar dan video melalui akaun media sosial Tangmo dan dijangka mendapat jawapannya dalam tempoh masa yang terdekat.

Tambah Pol Lt Gen Kornchai Khlaikhlueng, individu tersebut mungkin mempunyai akses kepada akaun iCloud mendiang kerana semua gambar dan video yang disiarkan dikesan digunakan daripada akaun aktres itu dan polis telah memeriksanya sebelum ini. Baru-baru ini, seorang individu telah mendedahkan beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook dipercayai milik Tangmo. Bagaimanapun status-status tersebut menimbulkan 1001 spekulasi dan individu berkenaan dilihat seolah-olah ingin mendedahkan sesuatu yang tidak diketahui ramai.

Terdahulu, Tangmo dilaporkan lemas selepas terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama lima orang lain di Sungai Chao Phraya di wilayah Nonthaburi. Pihak polis menamatkan siasatan dan mendakwa rakan-rakan Tangmo memandu bot laju itu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Namun begitu, beberapa pihak mendakwa Tangmo dibunuh dan semua yang berlaku telahpun dirancang dengan rapi.

Sumber: Pattaya Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×