Di Indonesia, seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa ketika sedang bermain di sebuah acara sukaneka pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan:Suami Cuba Selamatkan Isteri Dalam Kebakaran, Akhirnya Kedua-Duanya Maut
Ditangkap oleh polis
Memetik laporan Detik News, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan di mana lelaki yang dikenali sebagai Ardianto telah ditangkap oleh pihak polis ketika pertengahan larian acara republik Indonesia.
Kedatangan polis di acara tersebut menimbulkan kekeliruan penduduk. Namun, tiba-tiba kedengaran mereka bersorak apabila melihat Ardianto ditangkap oleh Ketua Polis Kawasan Pelabuhan Bakauheni, Ridho Rafika.
Lelaki yang berusia 40 tahun itu kelihatan masih memakai corong hijau di kepalanya ketika pihak berkuasa membawanya keluar dari padang tersebut.
Menurut Ridho, Ardianto terlibat dalam kecurian telefon bimbit selepas pihak polis berjaya menahan dua suspek iaitu rakan subahatnya yang ditugaskan untuk mengumpul telefon bimbit yang dicuri oleh Ardianto.
Ketiga-tiga suspek itu telah dibawa ke Ibu Pejabat KSKP Bakauheni. Ardianto sebagai pencuri tertakluk kepada Perkara 362 Kanun Jenayah, manakala dua orang perantara itu tertakluk kepada Perkara 480 Kanun Jenayah.
Sumber: Detik News