berita

Suspek Pembunuhan Bayi Setahun Meninggal Dunia Di Hospital

July 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan disahkan meninggal dunia apabila dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya tanpa sengaja dalam satu pergaduhan melibatkan ahli keluarga di Kampung Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor. Difahamkan, punca pergaduhan tersebut disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga itu.

Artikel berkaitan: Gaduh Adik Beradik, Bayi Berusia Setahun Ditetak Bapa Saudara Hingga Mati

Susulan itu, Polis Kuala Selangor telah menangkap suspek berusia 27 tahun di lokasi kejadian dan turut merampas sebilah parang panjang. Terbaharu, menerusi laporan Polis Kontijen Selangor, suspek telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang dipercayai mengalami kecederaan susulan insiden tersebut.

Kelihatan dalam keadaan lemah

Foto: Harian Metro

Kejadian tersebut melibatkan pergaduhan yang berlaku dalam sebuah keluarga sehingga mengakibatkan nyawa seorang bayi terkorban. Menurut laporan Ketua Polis Selangor, CP Dato Arjunaidi Mohamed memaklumkan dalam insiden tersebut pihaknya telah meleraikan pergelutan antara ahli keluarga itu.

Pada sekitar jam 4.00 petang, difahamkan tubuh badan suspek didapati dalam keadaan lemah. Susulan itu, pihak polis telah menghubungi Hospital Tanjung Karang dan bergegas untuk memberi rawatan segera kepada suspek. Namun, suspek telah dilaporkan meninggal dunia di hospital pada jam 6.37 petang pada hari yang sama.

Pihak hospital telah mengambil masa selama 30 minit untuk merawat suspek sebelum disahkan dia meninggal dunia.

Kematian suspek bagaimanapun telah dimaklumkan kepada keluarganya. Susulan itu, pihak berkuasa akan menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian suspek. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Polis Selangor

SKIP THIS AD ×