Penyanyi dan pengacara, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa bengang apabila segelintir pihak cuba mengungkit soal wang dan menggelarkan dirinya sebagai seorang yang bodoh.
Artikel Berkaitan: ‘Pernah Alami Masalah Anxiety Sehingga Jumpa Psikiatri’ – Syafeek Ikhwan Mohon Masyarakat Bersifat Terbuka Mengenai Isu Kesihatan Mental
Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Kena Gangguan Seksual Dengan Kaum Sejenis, Sanggup Bayar RM10k – ‘Saya Nak Bayar Abang Boleh Tak?’
Semua orang ada ‘trigger points’
Menurut Syafeek, sejak kecil dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berjaya dalam akademik. Ujarnya lagi, dia sedar ibu dan ayahnya bukan berasal dari golongan yang berada. Oleh sebab itu, dia perlu berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.
Trigger points saya apabila orang bicara atau ungkit tentang duit dan sebut saya bodoh. Kawan rapat saya sahaja yang tahu bagaimana saya berusaha keras sejak kecil untuk berjaya dalam akademik. Saya sedar ibu ayah bukan orang berada. Sejak sekolah rendah saya tolong ibu ayah berniaga nasi lemak di sekolah sebab nak kumpul duit belanja makan harian saya di sekolah.
Saya tengok kesusahan ibu bangun seawal 3 pagi buat kuih untuk kumpul duit buat belanja harian kami sekeluarga. Ayah saya tak pernah sekali berbelanja lunch di pejabat selama 30 tahun dia bekerja untuk jimatkan belanja. Dia sanggup makan sehari sekali demi kami adik beradik. Saya saksi atas segala kesusahan mereka. Atas sebab itu, saya paksa diri saya untuk belajar.
Tambah pelantun sura ‘Lafaz’ ini lagi, dia bersyukur apabila usahanya dalam bidang akademik membuahkan hasil. Syafeek memberitahu dia mendapat tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan secara tidak langsung dapat mengubah kehidupan keluarganya selepas itu.
Berbalik kepada isu digelar bodoh, Syafeek berkata, ia sangat keterlaluan bagi dirinya.
Mereka boleh cakap saya hodoh, buruk, menyanyi tak sedap, tak bijak bergaya dan lain-lain lagi. Tapi tolong jangan label saya bodoh. Itu sangat melampau dan saya tidak boleh menerimanya.
Terdahulu, di aplikasi X ada segelintir individu yang menggelar Syafeek sebagai seorang yang bodoh berikutan respon yang diberikan olehnya berhubung isu gangguan seksual melibatkan orang yang dikenalinya.