berita

Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama

November 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syafiq Kyle Mimi Lana

Selepas membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu, status hubungan antara pelakon tampan Syafiq Kyle dan aktres Mimi Lana terus menjadi teka teki hingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Bertuah Dapat Rasa Brownies Syafiq Kyle, Simpan Tandatangan Belakang Telefon Sebab Teruja – ‘Sedap Sangat!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Layan Permintaan Peminat Buat Kek Brownies, Netizen Minta Jual Nak Rasa Air Tangan

Getback?

Syafiq Kyle Mimi Lana

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di TikTok memperlihatkan Syafiq dan Mimi dilihat keluar makan bersama-sama di sebuah kedai yang dipercayai terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Menerusi foto yang dimuat naik, seorang pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepada aktor dan aktres itu kerana sudi singgah ke kedai makan milik datuknya.

Terima kasih aunty Mimi dan uncle Syafiq datang kedai tok umi saya.

Dalam perkongsian sama, Syafiq dan Mimi turut dilihat mendukung seorang anak kecil.

Foto tersebut sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan hubungan mereka berada dalam keadaan dingin.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa gembira melihat pasangan itu kembali bersama.

Dalam masa sama, netizen turut mendoakan hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin.

Sementara itu, Syafiq dan Mimi juga dilihat menghadiri tayangan filem War On Terror KL Anarki.

Terdahulu, pengurus Mimi Lana yang dikenali sebagai Iman Tang menerusi satu mesej pesanan ringkas memaklumkan pasangan itu membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan mahupun kenyataan rasmi berhubung pembatalan majlis tersebut daripada kedua-dua pihak.

Syafiq bagaimanapun ketika ditemui pengamal media berkata dia enggan memberi sebarang komen dan memilih untuk terus mengunci mulut.

SKIP THIS AD ×