
Pelakon, Que Haidar mendedahkan Syafiq Kyle pernah menyaksikan dirinya menjalani penggambaran filem KL Menjerit ketika masih remaja sekitar tahun 2005.
Artikel Berkaitan: ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’
Berlakon bersama

Bercerita kembali, Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata kejadian itu terjadi ketika dia menjalani penggambaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Katanya, seorang budak yang masih bersekolah memerhatinya berlakon dari jauh dan tidak lain tidak bukan remaja tersebut ialah Syafiq.
Selepas beberapa tahun, mereka kini digandingkan bersama dalam filem Malaikat Malam, dengan memegang watak sebagai abang dan adik.
Saya nak kongsikan satu cerita sewaktu saya shooting filem KL Menjerit 1 lebih dua dekad yang lalu di Kampung Baru, ada seorang budak sekolah tengok saya berlakon.
Budak sekolah itu adalah Syafiq Kyle. Dulu dia tengok saya berlakon dan sekarang dia pula berlakon dengan saya.
Que berkata demikian pada sidang media dan tayangan perdana filem Malaikat Malam.
Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula pada 26 March 2026.





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


