Sebuah syarikat di Chengdu, China menerima pujian kerana meminta calon yang menghadiri temu duga kerja dan perekrutnya untuk memakai topeng bagi mengelakkan diskriminasi berdasarkan paras rupa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bengang Adik Skandal Dengan Suami Sendiri, Kakak Serang Di Tempat Temuduga
Artikel Berkaitan: Lelaki Cedera Parah Ditetak Dua Individu Bertopeng Dalam Kedai Runcit
Bertopeng semasa interview
Difahamkan, syarikat Chengdu Ant Logistics menjadi tular baru-baru ini berikutan video yang menunjukkan beberapa individu memakai topeng muka semasa sesi temu duga.
Menurut laporan Oddity Central, sejak perkara itu menjadi viral, syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa video itu dirakam pada pameran pengambilan pekerja yang dijalankan dua kali setahun, baru-baru ini.
Dalam pada itu, arahan pemakaian topeng muka diperkenalkan bagi menghapuskan berat sebelah berdasarkan rupa. Malah, syarikat terbabit memaklumkan kaedah pengambilan ‘luar biasa’ itu dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan buat calon selain menekankan aspek menghargai kebolehan seseorang individu berbanding penampilan mereka.
Susulan itu, syarikat logistik China itu menerima pujian dan maklum balas positif yang bersetuju dengan tindakan syarikat tersebut kerana sebahagian mereka bersetuju untuk mengenakan topeng semasa temu duga.
Sebagai seorang yang fobia sosial, saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu.
Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira.
Sumber: Oddity Central