Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming berkongsi prosesnya untuk menurunkan berat badan sepanjang tahun 2023.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Tidur Dengan Tenang’- Khairul Aming Dedah Sebab Tak Beli Kereta Mewah
‘Saya masih makan nasi’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan dia mendapat kesedaran untuk menjaga kesihatan pada awal tahun 2023.
Khairul Aming berkongsi prosesnya untuk menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan terlebih dahulu sebelum dia mula bersenam di gim.
Awal tahun 2023, saya dapat kesedaran untuk sihatkan balik badan. Saya tak jaga pemakanan dan tak bersenam sehingga baju semua dah ketat, jalan pun semput, jadi saya ambil keputusan untuk jaga pemakanan dulu dan cuba masak ikut mana yang saya boleh masak.
Saya masih makan nasi cumanya saya timbang terlebih dahulu untuk pastikan kalori defisit setiap hari.
Bulan Februari, saya mula pergi gim. Sebab kita tak tahu apa-apa jadi sakitlah tangan. Bulan April saya upah jurulatih untuk cara bersenam yang betul.
Pemenang Anugerah TikTok 2023 itu turut berkongsi rasa gembira apabila misinya tercapai. Baginya, ini merupakan satu kemajuan yang sangat puas hati kerana badannya menjadi ‘fit’ dan tidak mengah jika pergi ke mana-mana.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengajak pengikutnya untuk menjaga kesihatan dan memulakan gaya hidup sihat bermula tahun hadapan.
Rasa gembira bila kita keluar rumah tak mengah itu. Bagi saya itu satu kemajuan yang saya sangat puas hati.
Kali ni aku nak ajak korang sama-sama jaga kesihatan 2024. kalau nak bersenam mulakan senaman, kalau nak jaga makan, jagalah tapi yang penting kena sabar kerana perkara ini bukan terjadi satu malam.
Usahawan berusia 31 tahun itu, mendedahkan bahawa sudah turun berat badan sebanyak 20 kg dan dia turut mengucapkan rasa syukur kerana impiannya untuk memiliki berat badan ideal tercapai.
Tahun ni 20kg berat badan turun selepas mulakan misi nak sihat tahun 2023. Alhamdulillah misi tercapai tapi perjalanan masih jauh. Doakan saya istiqamah.
Sumber: Instagram