berita

‘Tak Ada Solusi Nak Hentikan’ – Wanita Dakwa Keluarga Marissa Beri Izin Untuk Viralkan

September 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Keluarga Marissa Tahu Dan Bagi Kebenaran Untuk Viral

Tak ada angin, tak ada ribut, nama anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 18, menjadi bualan di media sosial apabila didakwa menjadi orang ketiga dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga seorang wanita.

Artikel Berkaitan: Anak Pasangan Selebriti Didakwa Jadi Penyondol, Umur Baru 18 Tahun Dah Check-In Hotel?

Artikel Berkaitan: ‘Kau Menang, Adik Aku Dah Langgar Taklik’ – Kakak Mangsa Dakwa Anak Pasangan Selebriti Pernah Bersumpah Enggan Jadi Penyondol Lagi

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Didakwa Jadi Penyondol, Abby Abadi Bagi Respon – ‘Tak Pe Sila Komen Dulu, Cari Pahala’

Dapat kebenaran

Keluarga Marissa Tahu Dan Bagi Kebenaran Untuk Viral

Terbaharu, wanita tersebut tampil memuat naik ciapan di aplikasi X mendakwa bahawa dia sudah pun mendapat kebenaran dari keluarga Marissa untuk menularkan isu ini di media sosial.

Saya dah minta izin sebelum viral ya, laporan polis pun saya dah buat. Dan mereka (keluarga Marissa) bagi green light untuk viralkan.

Tambah wanita itu lagi, tindakannya itu dilakukan kerana tiada solusi yang dapat dicapai antara kedua belah pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.

Keluarga pihak sana memang tahu ya tentang isu nak viralkan ni sebab tiada solusi nak hentikan anak mereka sendiri.

Terdahulu, kecoh di aplikasi X apabila wanita tersebut tampil mendakwa Marissa menjadi penyondol dalam rumah tangganya yang telah dibina selama tiga tahun.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga tampil mendedahkan bukti resit menyatakan bahawa Marissa pernah ‘check-in’ bersama bekas suaminya bagi mengukuhkan lagi dakwaannya itu.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×